Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa beliau masih calon Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.